Cinta antara penghibur tempatan popular Zizan Razak dan Juliana Evans bukanlah satu rahsia atau gosip semata-mata. Mereka yang mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu, kini terpaksa berpisah berpuluh ribu batu kerana Juliana Evans kini berada di Michigan, Amerika Syarikat (AS) bagi melanjutkan pelajaran di sana.
“Eh! Saya ok saja. Tetapi rindu itu memang ada. Mana boleh tak rindu. Bukankah kami sudah lama tidak berjumpa. Tapi kerana saya tahu dia ke sana atas urusan belajar dan mengejar cita-cita dia, saya selaku teman sentiasa memberi sokongan kepadanya. Kami ada berhubung antara satu sama lain. Adakalanya di Skype atau pun telefon. Kalau ada masa terluang memang saya akan cuba menghubunginya.
“Masalah utama adalah masa kerana kalau kita siang di sini, dia malam di sana. Jadi kadang-kadang sempat bertanyakan khabar sekejap sahaja,” ujar Zizan tentang hubungan mereka yang terpisah oleh masa namun masih mencuri kesempatan untuk berhubung.
Dua tahun pemergian Juliana ke AS bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Namun bagi Zizan, jika persahabatan mereka itu ikhlas, tiada apa yang perlu dirisaukan. Malah terbit pula persoalan, tidakkan mereka mahu mengikatkan tali pertunangan supaya hubungan yang terjalin akan berada dalam keadaan selamat.
“Macam mana nak ikat, orangnya pun tak ada di sini. Cukuplah sekarang ini kami bersahabat saja. Saya tahu dia macam mana dan dia tahu saya bagaimana,”
Bagaimanapun Zizan enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan istimewanya dengan Juliana Evans.
Sebelum ini ada yang tidak pernah melihat wajah Neelofa semasa kecil, ini ada satu gambar khas untuk yang mahu melihat Neelofa yang masih comot tapi COMEL!.
Gambar Ehsan Dari Wstarz.com
Hans Isaac pernah mengaku kepada media yang beliau sedang mengenali hati budi Neelofa adn masih dalam hubungan kawan. Cuma jika perkataan mengenali hati budi itu sudah terpantul keluar dari mulut hans Isaac sendiri, memang tidak dapat dielakkan lagi, semestinya orang akan menganggap yang mereka sedang bercinta tetapi masih dalam peringkat awal.
Namun Neelofa memberi respon yang agak berlainan dengan kata-kata Hans,Neelofa juga sedikit terkejut bila disoalkan mengenai pengakuan Hans isaac itu. Neelofa hanya menganggapnya sebagai kawan biasa dan tidak pernah lebih dari itu.
“Kalau dia (Hans Isaac) berkata mengenal hati budi sebagai kawan, ya saya akui kenyataan itu dan saya tidak pernah menganggap hubungan professional kami lebih dari sekadar kawan,” ujar Neelofa.
Turut menjawab isu gossip mempunyai hubungan dengan seorang VIP, Neelofa lantas menjawab,”Saya macam orang lain yang jalankan perniagaan, mesti ada bertemu VIP untuk urusan perniagaan — tidak lebih dari itu.”
Latif Ibrahim Meninggal Dunia
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran, Latif Ibrahim. Terbaru, satu berita mengenai kematian beliau yang sememangnya menghidapi masalah jantung dan sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) itu telah tersebar. Berita palsu tersebut bukan saja mengundang rasa kurang senang keluarga beliau malah ia turut membangkitkan kemarahan ahli keluarga mereka.
Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.
“Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak ‘shooting’ ke?” katanya
Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.
Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.
“Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya,” kata Liza.
Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.