Saturday, 18 February 2012

Zizan Dan Juliana Evans Guna Skype Lepaskan Rindu





Cinta antara penghibur tempatan popular Zizan Razak dan Juliana Evans bukanlah satu rahsia atau gosip semata-mata. Mereka yang mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu, kini terpaksa berpisah berpuluh ribu batu kerana Juliana Evans kini berada di Michigan, Amerika Syarikat (AS) bagi melanjutkan pelajaran di sana.
“Eh! Saya ok saja. Tetapi rindu itu memang ada. Mana boleh tak rindu. Bukankah kami sudah lama tidak berjumpa. Tapi kerana saya tahu dia ke sana atas urusan belajar dan mengejar cita-cita dia, saya selaku teman sentiasa memberi sokongan kepadanya. Kami ada berhubung antara satu sama lain. Adakalanya di Skype atau pun telefon. Kalau ada masa terluang memang saya akan cuba menghubunginya.

“Masalah utama adalah masa kerana kalau kita siang di sini, dia malam di sana. Jadi kadang-kadang sempat bertanyakan khabar sekejap sahaja,” ujar Zizan tentang hubungan mereka yang terpisah oleh masa namun masih mencuri kesempatan untuk berhubung.

Dua tahun pemergian Juliana ke AS bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Namun bagi Zizan, jika persahabatan mereka itu ikhlas, tiada apa yang perlu dirisaukan. Malah terbit pula persoalan, tidakkan mereka mahu mengikatkan tali pertunangan supaya hubungan yang terjalin akan berada dalam keadaan selamat.

“Macam mana nak ikat, orangnya pun tak ada di sini. Cukuplah sekarang ini kami bersahabat saja. Saya tahu dia macam mana dan dia tahu saya bagaimana,”

Bagaimanapun Zizan enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan istimewanya dengan Juliana Evans.




Sebelum ini ada yang tidak pernah melihat wajah Neelofa semasa kecil, ini ada satu gambar khas untuk yang mahu melihat Neelofa yang masih comot tapi COMEL!.


                                                                                 Gambar Ehsan Dari Wstarz.com









Hans Isaac pernah mengaku kepada media yang beliau sedang mengenali hati budi Neelofa adn masih dalam hubungan kawan. Cuma jika perkataan mengenali hati budi itu sudah terpantul keluar dari mulut hans Isaac sendiri, memang tidak dapat dielakkan lagi, semestinya orang akan menganggap yang mereka sedang bercinta tetapi masih dalam peringkat awal.
Namun Neelofa memberi respon yang agak berlainan dengan kata-kata Hans,Neelofa juga sedikit terkejut bila disoalkan mengenai pengakuan Hans isaac itu. Neelofa hanya menganggapnya sebagai kawan biasa dan tidak pernah lebih dari itu.
“Kalau dia (Hans Isaac) berkata mengenal hati budi sebagai kawan, ya saya akui kenyataan itu dan saya tidak pernah menganggap hubungan professional kami lebih dari sekadar kawan,” ujar Neelofa.
Turut menjawab isu gossip mempunyai hubungan dengan seorang VIP, Neelofa lantas menjawab,”Saya macam orang lain yang jalankan perniagaan, mesti ada bertemu VIP untuk urusan perniagaan — tidak lebih dari itu.”

Sunday, 12 February 2012







PETALING JAYA:   Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.

Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.

"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta," selorohnya yang dihubungi di sini, Selasa.

Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.





  Hafiz bersama seorang gadis yang dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengannya. 


 "Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.

"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.

Sementara itu, selain turut memperoleh vokal terbaik dalam AJL-26, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu terbarunya berjudulDeklamasiku, ciptaan Kuncidemak dan Isduliza.

Hafiz memberitahu, lagu yang berkonsepkan balada tersebut amat bermakna kerana lirik yang ditulis itu menceritakan tentang perjalanan kehidupannya dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.

"Deklamasiku berkisar tentang kehidupan saya tentang keluarga, cinta dan karier. Saya harap para peminat dapat menerima lagu ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.

"Selain tiu, saya juga sedang mempelajari cara menulis lirik dengan baik daripada Isduliza," tuturnya yang turut merancang untuk menyambung pelajarannya secara sambilan dalam masa terdekat ini.



Liyana Jasmay Sudah Sedia Jadi Isteri







PETALING JAYA:   Pelakon dan penyanyi muda, Liyana Jasmay sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan memberi tempoh masa menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan atau dalam masa dua tahun lagi.

Liyana berkata, walaupun baru berusia 23 tahun, dia yakin dirinya semakin matang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan lebih-lebih lagi jika memperoleh suami yang dapat mendorong kerjaya seninya.

"Benar, saya sudah bersedia untuk berkahwin dan tak mahu lagi melalui sesi percintaan seperti dahulu. Saya seriklah nak bercinta lama-lama. Bukannya apa, akhir sekali tiada apa-apa pun di penghujungnya.

"Andai kata ada yang berkenan jumpalah mak dan ayah saya dahulu, kemudian berkenalan dahulu dalam masa beberapa bulan. Jika selesa, maka bolehlah teruskan apa yang patut.

"Namun, diakui, saya memerlukan seseorang yang menyayangi diri ini. Tak senang duduk dibuatnya jika tiada cinta," selorohnya.

Tambah Liyana, dia akui, sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mempunyai syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios, dia dapat merasakan dirinya semakin matang daripada segi pemikiran.

Dia juga semakin memikirkan tentang masa hadapan, kehidupan dan karier.

"Mungkin ramai yang menganggap saya ini masih lagi kebudak-budakan. Tetapi pendedahan yang saya terima sejak menyertai industri seni tempatan sejah berusia sembilan tahun membuatkan saya cepat matang.

"Tambah pula, ketika di lokasi penggambaran, saya sering bergaul dengan golongan dewasa," katanya.

Dalam pada itu, Liyana kini semakin aktif dalam bidang penerbitan drama selepas mendapati telefilem terbitan pertamanya berjudulTudung Tweet mendapat perhatian ramai terutamanya golongan remaja.

"Saya mendapati golongan remaja sekarang kurang menonton drama-drama atau filem-filem tempatan. Kadang-kala rasa geram pula bila mereka (remaja) berkata cerita-cerita tempatan yang dihasilkan tak “urban”.

"Justeru itu, saya mengambil langkah menerbitkan telefilem atau drama berbentuk “urban” yang dapat menarik semula golongan remaja supaya meminati karya-karya ciptaan tempatan.

"Setakat ini saya sedang memberi fokus untuk penerbitan telefilem berjudul Paris Masuk Kampung dan Fixie- Fixie," ujarnya.








PETALING JAYA:   Gara-gara penyebaran gambar seksinya, pelakon baru, Nurul Ain Nordin (Ain) akui ada pihak yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong dirinya di laman sosial Facebook.
Biarpun gambar tersebut memberikan kesan kepada Ain, namun dia menerima respons yang menunjukkan ada juga peminatnya yang akan menonton filem yang dikaitkan dengan kontroversi itu yang berjudul Satu Malam Kubur Berasap.
“Semuanya bergantung kepada penonton kerana ada yang ingin menonton filem itu disebabkan ceritanya dan bukan kerana gambar seksi itu semata-mata.

“Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, gambar itu hanya diambil dan disunting untuk dimuatkan pada poster bagi mempromosikan filem tersebut.-Mstar

“Tetapi ada pihak yang menyalahgunakan gambar itu dengan menyebarkan gambar asal,” katanya yang pernah muncul dalam filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie.

“Saya tiada masalah dengan pihak produksi dan tidak menuduh mana-mana pihak,” katanya yang pertama kali memegang watak utama melalui filem ini.

Biarpun dikecam, Ain tidak serik untuk tampil dengan imej seksi jika diminta dalam filem atau drama yang ditawarkan kelak.

“Saya akan melihat kepada tawaran dan sejauh mana saya diminta berpenampilan seksi. Jika saya rasa boleh lakukan, saya akan terima. Bagaimanapun, saya tetap akan menjaga sensitiviti masyarakat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

“Saya perlu belajar daripada kesilapan. Tetapi pada saya seksi itu subjektif,” ujarnya.

Ain melakonkan watak seorang wanita bernama Siti yang telah meninggal dunia setelah menjadi mangsa rogol. Roh Siti mula mengganggu ketenteraman penduduk di Kampung Angan Tak Sudah bagi menuntut bela di atas kematiannya.

Suatu Malam Kubur Berasap, turut membariskan lima alumni Raja Lawak iaitu Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz, pelakon Zach Diamond, Ruminah Sidek, Zami Ismail dan Accapan.

Filem arahan Ernie Chen ini akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Disember ini di seluruh pawagam di negara ini.


                                          Ana Raffali dan Naim bakal disatukan pada 25 Februari ini. Foto NORAFIFI 

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, mengakui sukar mempercayai golongan lelaki selepas beberapa kali dikecewakan.
Bagaimanapun, Ana berkata, perkenalan dengan teman karibnya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30, atau Naim itu terus memberikan persepsi berbeza mengenai golongan itu apabila memulakan perkenalan pada tahun 2005.
"Dia seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Sedikit demi sedikit perasaan sayang mula wujud dan kami bercinta secara rasminya pada 8 Oktober 2008.
"Bagaimanapun, kami tidak pernah menganggap yang kami adalah pasangan bercinta sebaliknya lebih senang dengan gelaran kawan karib.


"Malah ketika saya dilamar, Naim terus berkata “jom kahwin” dan keluarganya terus merisik saya pada awal Disember tahun lalu. Dia langsung tak romantik," seloroh Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.
Ana dan Naim bakal bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Mereka akan bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.
Majlis dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, Ana akan dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.
Dalam pada itu, acara resepsi pula diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut berlangsung.
Bagaimanapun, Ana memberitahu dia tidak akan memperlahankan aktiviti nyanyiannya selepas berumah tangga.
Sebaliknya fasa kehidupan barunya itu merupakan satu semangat untuk dia terus melakarkan nama dengan muzik yang ditonjolkan di persada seni tanah air.
"Saya tahu, orang selalu menganggap seseorang artis wanita itu akan memperlahankan karier seninya sejurus selepas kahwin.
"Tak mungkin saya berbuat begitu kerana sebaliknya saya mendapat semangat baru untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya .
"Malah, saya akan mengeluarkan album terbaru pada bulan Mei ini dengan memuatkan sebanyak 10 buah lagu," ujarnya.
Sementara itu Naim yang bekerja sebagai pengurus kerjaya seni Ana berkata, dia gembira kerana akhirnya hubungan teman rapat itu menjadi satu ikatan suami isteri yang sah dan ia lebih memudahkan mereka untuk bergerak ke mana-mana tanpa ada batasan.
"Ini merupakan satu perkongsian hidup antara dua sahabat. Kalau nak tahu, kami mempunyai banyak persamaan daripada segi pemikiran. Sebagai contoh, kami sering berkata serentak apabila ingin memberi pendapat mengenai sesebuah hal.
"Selain itu, saya dan Ana juga suka makan. Selain itu kami juga berkongsi minat tentang apa-apa saja berkaitan dengan seni," ujarnya.
Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu, dia akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan sebaliknya pihak perempuan hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.




                                                                                          Shahrizal Jaszle.

SHAH ALAM: Pelakon kontroversi, Shahrizal Jaszle mendedahkan keretakan hubungannya dengan Miera Leyana adalah disebabkan oleh fitnah yang dilemparkan oleh bekas pembantu peribadinya kepada kekasihnya itu.
Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, cakap-cakap kurang enak mengenai hubungannya dengan Miera timbul apabila dia mengambil keputusan memecat pembantunya itu baru-baru ini.
"Hubungan saya dan Miera sebelum ini dalam keadaan baik malah kami merancang untuk berkahwin tetapi masalah timbul apabila saya memecat bekas pembantu peribadi kerana tidak tahan dengan sikapnya yang malas bekerja.
"Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu, dia telah menfitnah saya dengan pelbagai dakwaan sehingga menyebabkan Miera termakan dengan kata-katanya," ujarnya kepada mStar Online.
Tambahnya, ketika kejadian dia tidak berada di tanah air kerana sedang menjalani penggambaran di Australia dan hanya mengetahui mengenai kekecohan itu sekembalinya dia ke sini.
"Saya terkejut apabila mendengar pelbagai cerita buruk mengenai diri saya sehingga tidak tahu sebab sebenar Miera marahkan saya.



"Namun setelah berjumpa dan bercakap dengannya barulah saya mendapat tahu punca sebenar," katanya.
Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dia telah bersemuka dengan bekas pembantunya itu dan individu tersebut mengakui telah menfitnah dirinya kerana marah dipecat.
Shahrizal memberitahu, dia kecewa apabila seseorang yang pernah dia percaya dan bantu ketika dalam kesusahan telah melakukan perkara sedemikian kepadanya.
"Dia adalah seorang bekas banduan dan tiada siapa yang ingin mengambilnya bekerja. Saya telah memberinya peluang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dia boleh berdikari selepas keluar daripada penjara.


Mira Liyana.
"Tetapi peluang yang diberikan disia-siakan begitu sahaja apabila gagal melaksanakan tugas diberikan kepadanya sehingga memaksa saya memecatnya.
"Saya langsung tidak sangka tindakan saya itu telah menyebabkan dia menikam saya dengan cara yang paling dashyat," ujarnnya.
Sementara itu, Shahrizal berkata, ekoran pelbagai dakwaan termasuk mengatakan dirinya seorang kaki perempuan telah menyebabkan kekasihnya itu merajuk dengannya gara-gara termakan kata-kata bekas pembantu peribadinya itu.
Ujarnya, sikap Miera yang mudah terguris dan merajuk ditambah dengan hasutan daripada rakan-rakan yang menyuruh dia meninggalkan dirinya telah menyebabkan kes berkenaan bertambah parah.
"Sehingga kini dia masih merajuk dengan saya dan mahu dipujuk. Saya juga telah menjelaskan tentang kedudukan sebenar tetapi dia belum menerima sepenuhnya.
"Apa yang boleh saya katakan walaupun kami tidak putus tetapi hubungan kami berada di tahap yang agak sukar dan kami masing-masing sedang memperbaikinya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Shahrizal memberitahu dia tidak berhasrat untuk mencari pembantu peribadi baru kerana lebih selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri.
"Masa ada pembantu dulu pun semua perkara saya lakukan sendiri tanpa mengharapkannya jadi rasanya ia akan kekal begitu," katanya.


                                                                                               Nora Danish

SHAH ALAM: Pelakon jelita, Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta yang jauh lebih muda darinya.
Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.
"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora memberitahu dia tidak hak untuk bercakap mengenai perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya.



Nora bagaimanapun berkata, jika perkara berkenaan benar dia gembira untuk kedua-dua pasangan itu dan berharap mereka akan bahagia.
"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora berkata jadualnya tahun ini padat dengan pelbagai tawaran berlakon dan tiada masa untuk memikirkan soal perkahwinan.
Nora memberitahu dia kini sedang sibuk di lokasi drama Jujur Aku Dayus selain beberapa drama bersiri lain dan tawaran filem yang perlu menjadi perhatiannya.
"Banyak undangan lakonan yang diterima sehingga terpaksa menolak kerana tidak mahu membuat pelbagai kerja dalam satu masa sehingga menyusahkan pihak lain.
"Bagaimanapun tahun 2012 adalah tahun yang baik untuk saya kerana pelbagai tawaran datang," ujarnya.

Foto Tiz Zaqyah berbaju kebaya



Comel dan cantik bila si gadis jelita tiz zaqyah mengenakan pakaian yang sopan dan terselah kemelayuan wajahnya yang amat manis. tiz zaqyah yang popular dengan drama nur kasih kini melakonkan watak asma di dalam drama Gemilang yang ditayangkan di tv3 buat masa sekarang. Lihat foto tiz, cantik bukan.

Akibat Khalwat, Raja Azmi Menangis



Penerbit filem Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman yang bersuamikan Jailani Sidek menitiskan airmata apabila mengenangkan kes khalwat bersama pemain badminton negara Roslin Hashim ditangguhkan pada 20 Jun depan. Dia agak kecewa kerana pegawai yang menguruskan kesnya itu bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Saya teruja untuk mengetahui keputusan pada hari ini (Khamis) kerana saya yakin (tidak berkhalwat) dan saya tahu Allah akan berpihak kepada orang yang teraniaya seperti saya. Saya sangat sedih dan betapa seksa dianiaya sebegini.
“Saya harap dapat bebas daripada prasangka buruk masyarakat dan fitnah ini tetapi akhirnya saya masih dirundung dengan bebanan,”
Raja Azmi berharap kes itu dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ia akan memudahkan tindakannya untuk menyaman beberapa pihak termasuklah bekas isteri Roslin  iaitu Norhayati Othman (Yati).
“Saya rasa teraniaya selagi pihak Jawi tidak mengeluarkan surat hitam putih yang mengatakan kami tidak berkhalwat kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai prasangka orang ramai terhadap saya dan Roslin,”Tambah Raja Azmi lagi.


Tomok bakal Nikah Siti Rahayu 1 Julai





Tomok New Boys atau terbaru Tomok Oiam yang kembali ke persada muzik tanahair dengan lagu popularnya rindu terhenti (solo) bakal menamatkan zaman kegemilangan bujangnya pada 1 julai ini dengan wanita ayu pilihan hatinya yang sememangnya ayu bernama siti rahayu. Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail dah pun berusia 27 tahun sekarang,  Jika diingat balik Tomok ni melibatkan diri dalam bidang muzik sejak dia berada  di tingkatan 3 lagi, memang lama la tu. Bakal isterinya itu seorang pramugari Penerbangan Malaysia yang berusia 32 tahun pada 1 Julai 2011 ini. Tahniah kepada Tomok, moga bahagia dengan pilihan hatinya yang ayu ni.

Kad Kahwin Tomok

Dalam blog Madammondoq, beliau memperoleh kad jemputan tomok dari ibu mertuanya yang mempunyai bau-bau….. katanya. Jom lihat gambar kad jemputan kahwin tomok ni. thanks to Madammondoq.








Azean Irdawaty Perlu Bantuan Lagi?



Sebelum ini laman kami telah menyiarkan berita mengenai kesusahan yang ditanggung oleh pelakon Azean Irdawaty kerana masih menderita sakit akibat kanser yang dihidapinya, Anda boleh baca di Kasihanilah Seniwati Azean Irdawaty untuk mengetahui kisah di dalam artikel sebelum ini. Kini Azean Irdawaty tampil lagi untuk meminta sumbangan dari mana-mana pihak untuk mengubati penyakit yang sedang dihidapinya itu.
“Ya, kesihatan saya masih belum pulih. Saya tidak boleh bergerak, berdiri dan berjalan langsung. Dari tengkuk ke kaki semua sudah keras, berat, panas dan sakit. Buat masa sekarang tiga orang jururawat menjaga kerana setiap kali mahu mengangkat saya, mereka perlu sorong ke bilik air dan angkat pula ke katil. Badan saya berat kerana air yang bertakung di seluruh badan kesan daripada rawatan yang dijalankan. Mereka juga membantu saya untuk mandi, basuh, suap makan dan minum dan senaman physio.
“Suami dan anak-anak juga sakit kerana menjaga saya. Setiap hari juga anak-anak akan pergi kerja lambat dan ada ketikanya terpaksa mengambil cuti. Setiap kali di angkat dada, ketiak dan tulang belikat jadi sakit. Jururawat terpaksa mengurut pula. Saya hanya mampu menahan sakit, menggunakan pampers, memakai sarung tangan dan mengambil makanan tambahan.
“Buat masa ini, saya sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan. Esok saya kena masuk hospital kerana doktor yang datang merawat ke rumah memberitahu berkemungkinan besar kanser ada semula dan kali ini merebak ke tulang belakang. Ia akan memakan masa 5-6 bulan untuk sembuh. Insya-Allah, saya perlu cari sumbangan untuk rawatan selama enam bulan lagi.”

Gambar Siti Saleha a.k.a Nora Elena Bersama Kekasih



Gambar Ehsan OHBULAN!

Popularnya drama Nora elena lakonan siti saleha dan aaron aziz tu kan. Drama terbabit memang diminati ramai dan mendapat jumlah tontonan tinggi di malaysia, di tonton.com.my apa kurangnya, ia merupakan drama yang paling laku. Jom tengok gambar Nora Elena di dunia nyata bersama kekasihnya. Mungkin kot kekasih dia.

Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah Tahun Ini



Lagi berita pasangan selebriti kita ingin menamatkan zaman bujang tahun 2012 ini.
Jika semalam Ally Iskandar yang menjadi berita kerana ada gossip mengatakan beliau akan tamatkan dengan Farah Lee.
Dan, dalam masa yang sama juga berlegar khabar yang Farid Kamil dan kekasih Diana Danielle juga merancang perkara yang sama.
Pasangan selebriti yang kita kenal sebagai satu pasangan yang low profile ini di’khabarkan sudah memulakan perbincangan asas tentang niat murni mereka itu.
 “Sudah ada perbincangan yang dibuat oleh mereka berdua. Cuma masih belum ada kata putus sebab semuanya masih terlalu awal. Yang penting masing-masing dah bersedia nak jadi suami isteri,” ujar satu sumber kepada Utusan Malaysia.
Tahniah jika benar berita ini dan jangan lupa jemput semua para peminat nanti.


Gambar Di Majlis Perkahwinan Ally Iskandar Dan Farah Lee