Friday 28 September 2012

Aaron Aziz Watak Lucu

Aaron Aziz Watak Lucu

Ini adalah poster untuk filem terbaru Aaron Aziz yang berjudul Ngorat yang bakal ditayangkan 4 Oktober nanti. Mungkin anda yang belum mengetahui trailer filem berkenaan bolehlah melihatnya di sini. Memang sempoi la sangat bila mengetahui Aaron berkemban siap dengan tuala berwarna pink lagi. Dari seorang lakonan taiko ke seorang yang berwatak lembut, pastinya menarik filem ini kan.





Adriana Hiasi Muka Depan Majalah Lisa


Majalah terkenal Lisa kali ini menampilkan finalis Akademi Fantasia, Adira sebagai penghias muka hadapan majalah berkenaan untuk edisi terbaru. Katanya Adira seorang wanita yang sejati, sejati macamana ek. Yang itu tidak pasti pula, kena belinya di kedai. Bukan itu sahaja malah Lisa juga menampilkan beberapa artis Melayu kacak sebagai undian untuk edisi berkenaan. Mungkin anda yang suka lihat lelaki kacak, inilah saatnya untuk mengenali diri mereka. -gambar Lisa Malaysia



Pelakon Baru Emma Maembong

Drama Kau Yang Terindah lakonan Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra arahan Erma Fatima, pasti anda perasan watak yang dipegang Emma Ma’embong. Memiliki keunikan raut wajah gadis pan-asian sebab Emma anak kacukan dari dua negara berbeza iaitu Scotland dan juga Malaysia.

Emma Ma’embong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 20, yang berasal dari Kuala Lumpur juga seorang pelukis dan model. Adakah Emma bakal menjadi selebriti muda yang bakal mengegarkan dunia anak seni tahun hadapan? kita nantikan bersama -gambar Fb Emma Ma’embong.











Izreen Azminda Selamat Diijabkabulkan


Tahniah kepada pelakon muda yang mula mencuri perhatian penonton menerusi drama Juvana di TV3, Izreen Azminda yang diijabkabulkan pada 30 Ogos lalu dengan pasangan pilihannya yang juga seorang jurukamera, Mohammad Riza Baharuddin.

Difahamkan mereka sudah bertunang sejak 1 Januari 2012 dan menamatkan tali pertunangan berkenaan dengan sesuatu yang lebih bermakna yakni ijabkabul. Sebelum diijabkabulkan, Izreen telah selamat untuk satu majlis khatam al-Quran yang bermula jam 10 pada hari yang sama.

31 Ogos pula adalah majlis persandingan mereka di lokasi yang sama di Jitra Kedah. -sumber MediaHiburan | GUA Cari









Jep Sepah Besar Kepala?



Siapa yang membaca sisipan akhbar Utusan semalam, pasti ada terbaca mengenai pelawak yang meningkat naik namanya, Jep Sepah. Dikhabarkan oleh mulut terkenal mengenai gosip di Utusan, Joyah mengatakan yang Jep tidak seperti dahulu lagi dan kelihatan 'besar kepala' akibat peningkatan gaji daripada biasanya, tak tahulah berapa nilainya.


Ini adalah gosip yang disebarkan oleh orang dalaman produksi itu sendiri, tidak tahu motif apa, mungkin cemburu mungkin selainnya. Yang pasti sumber itu mengataan dia melihat sejak Jep terlibat dengan drama berbentuk komedi dengan produksi yang sumber ini menapak, egonya kian menjadi-jadi.



Sehinggakan Jep dikatakan menyusahkan tenaga kerja produksi berkenaan dengan pelbagai hal termasuklah pemilihan lokasi set. Dan seperti bos dengan setuju atau tidak diatas pemilahn set itu.




Yang paling tragik lagi, soal gajinya yang lebih berbanding Shuib, walaupun Shuib pelakon/watak utama drama komedi berkenaan. Kata Joyah tu lagi, katanya Jep bercinta dengan produser drama berkenaan.




Siti Nordiana Bakal Menamatkan Zaman Janda?




Siti Nordiana atau Nana memberitahu hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya iaitu Mohammad Ryyan Nakhaie, empat tahun.

Kini Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Nana mengakui yang dia sudah lama mengenalinya dan dia juga sedang berusaha memikat hati Ryyan.




Yunalis Zarai-Ikon Seni Malaysia


 


Siapa menyangka nama Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai kini lebih dikenali di persada dunia antarabangsa dan ini sekaligus dia dianugerahkan sebagai Ikon Seni Malaysia Merdeka 55 (Ikon Seni Budaya Negara) bersempena Hari Kemerdekaan, Himpunan Janji Ditepati yang ke-55 oleh Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos yang lalu.

Itulah satu penghargaan yang terbaru yang mula diilhamkan oleh Datuk Seri Najib untuk mereka yang mempunyai bakat besar dan mengharumkan nama negara. Selain Yuna adalah Ratu terjun negara Pandelela Rinong. Yuna yang seperti sedia maklum kini tengah menapak di Amerika Syarikat sebagai artis Malaysia muda pertama yang bakal menjadi salah satu selebriti Hollywood.